Salam Semua,
Alhamdulillah.. sudah masuk hari ke-4 kita menunaikan rukun Islam yang ke-3.. macamana dengan puasa anak-anak anda so far? Sebagai ibubapa, sentiasa lah bagi semangat kepada mereka.. takperlu paksa.. cuma encouragement supaya mereka buat dengan rela hati kerana Allah.. Rasanya belum terlambat untuk saya kongsikan Carta Puasa yang saya buat ni.. Sebelum ini saya cuba memikirkan bagaimana untuk menjadikan puasa sebagai aktiviti menarik untuk anak-anak saya.. so, terhasillah carta puasa ni.. mereka hanya perlu mewarnakan belon mengikut hari mereka complete puasa.. Belon pertama ialah belon yang paling besar kerana hari pertama biasanya adalah hari yang paling sukar. Insya Allah hasilnya nanti apa bila complete 30hari.. ia akan nampak berwarna-warni seperti belon-belon yang dilepaskan ke udara untuk meraikan sesuatu kejayaan.
Saya ingin kongsikan bersama anda carta ini supaya dapat anda gunakan sebagai salah satu galakan untuk anak-anak anda berpuasa.
Thanks for sharing.. my children already start colouring and they love it!
ReplyDelete