Tau tak apa tu Chocolate Melter? Alaa.. dari nama jer dah tau fungsinya kan? Namun ada gak yang bertanya beza antara Chocolate Melter dan Chocolate Fondue. Sudahh.. fondue tu apa pulak??? haa.. check kat sini
Chocolate Melter ni adalah alat yang digunakan untuk cairkan coklat samada untuk buat coklat, buat 'ganache' utk kek, untuk dipping food (fondue ler tu) atau untuk coklat fountain. Ada jugak yang panggil Chocolate Melting pot. Chocolate Melter ni menggunakan electrik untuk memanas dan mencairkan coklat. Biasanya terdapat 2 fungsi iaitu “Heat/ Melt” untuk mencairkan coklat dan “Warm” untuk mengekalkan suhu supaya coklat yang telah cair kekal cair. Lain chocolate melter mungkin akan menggunakan term lain namun mempunyai fungsi yang sama.
Saiz Chocolate Melter ni ada macam-macam jenis.. ada yang boleh tampung 1kg choc, ada jugak lebih besar. Kepada pengusaha chocolate fountain, kalau tempat event korang takde dapur masak untuk double boiler, boleh la consider chocolate melter ni. Dengan syarat ada electricity point kat area tu.
JENIS-JENIS CHOCOLATE MELTER
Yang korang biasa nampak ialah yang jenis yang ni.. warna hitam dan dalam ada mangkuk untuk letak coklat yang nak dicairkan. Lepas guna cuma basuh mangkuk dalam tu jer.. kalau ada coklat yang meleleh ke bahagian lain mesin, lap jer dengan kain lembab yang dibasahkan dengan air suam. Harganya tak mahal sangat.. dalam RM130 – RM160 lebih kurang camtu lah.. kebanyakkannya dari China.. Biasanya jenis ni boleh tampung 1kg coklat cair. Disebabkan boleh tampung kuantiti coklat yang sikit, ia popular untuk pengusaha coklat atau bakers yang beroperasi kecil-kecilan. Saya pon ada sebijik.. so far alhamdulillah.. dah lama pakai still tak membawa masalah. Senang nak cairkan coklat untuk chocolate fountain atau buat cookies/ cakes kat rumah.
Yang ni lebih special sikit dari yang kat atas tu.. ada lebih dari 2 mangkuk, so boleh la korang cairkan 2 atau lebih jenis coklat serentak contohnya milk chocolate dan white chocolate. Senang dan jimat masa. Kebanyakkannya ada fungsi untuk adjust temperature yang korang nak.. ialah, coklat kan sensitif dengan suhu.. kalau lama dibiarkan lama dalam bekas tu takut nanti coklat overheated dan jadi pekat pulak. Sesuai sangat la untuk bakers contohnya yang buat coklat praline dalam kuantiti yang banyak.
Yang ni pulak satu je bekas nak cairkan coklat tapi boleh tampung coklat dengan kuantiti yang banyak. Biasanya jenis ni pon ada feature untuk adjust temperature. Biasa digunakan untuk pengusaha coklat pro sebab senang nak hasilkan produk yang banyak. Cam saya yang buat sikit-sikit untuk keluarga dengan tetamu, memang tak sesuwai la..
Yang ni yang branded punye.. Chocolate Pro Electric Chocolate Melter dari Wilton. Harga lebih kurang RM200 lebih sebab dari US. Fungsi sama jer macam contoh yang first tu cuma lebih cantik ler.. kalau nak buat fondue untuk tetamu nampak la elok sikit hehe.. kalau berminat nak beli boleh singgah kat ICCA kat Kota Damansara. Tempat ni jual macam-macam lagi barang dari Wilton.. excited betul bila kat sana. Jauh sangat ker nak pegi Kota Damansara? Tak jauh la.. dekat-dekat dengan IKEA dan The Curve. Kalau sampai ke ICCA ni, singgah la tempat saya beli Dipping Chocolate.. hehehe.. untuk korang yang tinggal jauh, boleh checkout website dia.. ada list of distributors di serata negeri.. tatau la Wilton Melting Pot tu ada tak kat sana.. Dinasihatkan call diorang dulu lah.
Sebenarnya ada macam-macam lagi jenis Chocolate Melter yang lain tapi fungsi lebih kurang sama. Kesimpulannya terpulang kat korang nak beli mana satu yang menepati keperluan korang.
photo source: google
No comments:
Post a Comment