Tips menjayakan Rumah Terbuka

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, kita sudah berada di 24 Ramadhan.. hanya beberapa hari saja yang tinggal untuk kita mengejar kelebihan Ramadhan.. Macamana dengan Ramadan anda tahun ni.. lebih baik dari tahun lepas? Alhamdulillah.. sekiranya anda tak berpeluang untuk menggandakan ibadah kerana sakit atau sebab-sebab yang tertentu, jangan bersedih kerana Allah Maha Mengetahui..

Semakin hari kita semakin hampir dengan sambutan Hari Raya.. pasti ramai yang bercadang untuk mengadakan Rumah Terbuka.. Mengadakan Rumah Terbuka pasti tampak sukar dari segi penyediaan tapi kalau dirancang dengan baik, pasti Rumah Terbuka anda akan berjaya. Disini saya senaraikan tips untuk menjayakan Rumah Terbuka Hari Raya anda.


1) Plan.. plan..plan.. sekarang ni tarikh dan masa dah ada dah dalam fikiran anda.. fikirkan menu, bila nak shopping barang, bila nak kemas rumah, berapa ramai tetamu yang nak dijemput.. Pilih tarikh dan masa yang anda rasakan mudah untuk tetamu anda datang berkunjung.. contohnya jangan la buat hari bekerja pukul 4petang.. mungkin sukar untuk tetamu anda datang sebab sedang bekerja atau mungkin akan terperangkap dalam traffic jam .. Malam atau Hujung minggu ada masa yang sesuai. Untuk memudahkan kerja anda.. boleh download party planning by Homemadesimple.com


2) Hantar jemputan rumah terbuka sebelum Hari raya.. dengan ini, tak perlulah bakal tetamu anda datang beraya dua kali.. kalau nak formal, guna kad.. tapi dizaman teknologi ni, orang invite kat facebook jer.. create event.. letak alamat rumah sekali.. senang kan? Untuk tetamu yang takde facebook, sms/mms atau wassap jer.. itu cara koboi la.. bagi yang suka hantar kad raya, jemput sekali .. mudah kan? Jangan lupa jemput jiran sekali.. Inilah masanya nak bermingle-mingle dengan jiran.. lagipun mereka pasti tak marah kalau rumah anda bising nanti.. hehe

3) Budget… berbelanjalah ikut kemampuan anda. Kalau dah ada niat, jangan la batalkan niat untuk mengadakan Rumah Terbuka kerana budget yang sikit.. buat lah ikut kemampuan.. yang penting ikhlas bersedekah kerana Allah.


4) Tema – pernah ke anda pergi ke Hari Raya Rumah Terbuka yang ada tema? Tak pernah pulak saya pergi.. kalau ada orang jemput seronok jugakkan? Kalau nak buat kelainan tahun ni apa salahnya kan? Mintak tetamu anda berpakaian mengikut tema. Anda boleh buat Arabian theme.. hidangkan kurma, nasi arab, baklava..bestnyerr… Deco la rumah anda mengikut kesesuaian tema.

5) Food – pastikan makanan cukup untuk semua tetamu.. namun, pastikan jangan sampai membazir. Simpan makanan yang segera dihidang kalau-kalau hidangan habis, boleh jadikan backup. Kalau tak reti masak, order pizza, KFC atau roti canai as backup plan pon boleh..  Jangan bereksperimentasi (bunyi mcm Ketua Jurulatih Harimau Malaya pulak.. hehe.. ) jangan sekali-kali cuba resepi baru. Kalau lain jadinya.. susah pulak nanti. Dapatkan khidmat katering jika perlu. Kalau boleh, buat food tasting sebelum pilih katerer.



6) Minuman – masak air banyak2 sebelum majlis.. kalau ada water filter dirumah, masalah ni mungkin takde bagi anda.. pastikan ais yang mencukupi supaya anda tak payah tinggalkan tetamu untuk beli ais dikedai semasa majlis berlansung!

7) Snack – create snack corner untuk kuih-muih atau sebarang dessert. Asingkan dengan makanan utama supaya tetamu tak cramp di satu tempat. Snack mesti dah dihidang way lebih awal untuk tetamu yang tiba awal.

8) Servis – Sebagai Tuan Rumah anda mungkin akan sibuk melayan tetamu, cuba untuk dapatkan ahli keluarga atau pembantu untuk pastikan makanan/ minuman sentiasa cukup. Sekiranya anda mendapatkan khidmat katerer, tanya mereka sekiranya mereka menyediakan pelayan.

9) Appearance – Bila rumah dah dihias cantik, Tuan Rumah pon kena berhias.. bukan rumah jer.. Sarungkan pakaian yang sopan, menarik serta menutup aurat. Bersiaplah beberapa jam lebih awal sebab mungkin ada tetamu yang tiba awal terutama ahli keluarga atau rakan rapat.

10) Sediakan tempat untuk tetamu menunaikan solat jika perlu.

11) Pastikan tandas rumah anda bersih dan wangi!

12) Jika anda mahukan kelainan, sediakan sudut untuk bergambar.. Ambil gambar tetamu anda untuk kenangan

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

Related Posts:

No comments:

Post a Comment