Pillow Box (Buat Sendiri)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca Ally (eceh, panjang sikit greeting kali ni.. perubahan baru 2014?)

Lama betul tak update blog.. bukan saja berabuk.. tapi bersawang dah... Banyak ucapan yang tak sempat diwishkan (ada ker such word?) seperti Tahun Baru, Maulidur Rasul, Chinese New Year dan sebagainya..

Sedar tak sedar dah masuk bulan Februari tahun 2014.. cepatnyaaa... buku sekolah anak pon ada yang belum habis balut.. lepas ni bulan 3 cuti sekolah bermula.. ramai customer yang start booking sewa mesin Chocolate Fountain sempena cuti sekolah tu nanti. Siapa yang belum, boleh book sekarang.

Banyak kelebihan sewa dengan Ally tau.. dapat free chocolate khas untuk chocolate fountain yang sedapppppp dan berkrim.

Check sini --: http://allysparty.blogspot.hk/2013/08/sewa-chocolate-fountain-murah-free.html



Party bertambah menarik kalau guna pillow box untuk goodie bags.. boleh letak sweets atau small toys kat dalamnya..

Dapatkan FREE Pillow Box Pattern. Thanks to Janna Wilson from Whimsy Shoppe.. Mudah.. hanya print di atas kertas keras sebagai contoh dan gunting.. kemudian surih (trace) kat kertas bercorak yang menarik atau solid cardstock.

Arahan:

1) Download file ke dalam komputer korang
2) Buka file dan print. Kalau nak print terus kat kertas bercorak tu, pastikan korang print kat bahagian belakang kertas. Lebih baik korang test dulu kat kertas lain, mana tau kena adjust printer ker apa ker..
3) Ikut arahan kat kertas yang korang print tu.
4) Lipat kertas (seperti arahan yang tertulis kat situ) dan gam
5) Hias pillow box korang menggunakan kreativiti korang sendiri.

Kalau tak kreatif, boleh tengok sample cam kat bawah ni..


Selamat mencuba!



Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment