Selamat Hari Guru


Salam korangggg....

Punye la sibuk sampai saya boleh terlupa tentang sambutan hari guru tahun ni.. hari ni baru ler teringat dan menggelabah.. bukan ker hari guru tu besok? Penting ke hadiah cikgu ni?? Heiii.. penting la ... diorang la yang mendidik anak-anak kita.. jasa yang terlalu besar apalah salahnya kita bagi appreciation gifts walaupon tak seberapa.. Selain tu.. itu adalah salah satu cara untuk kita mendidik anak-anak kita supaya menghargai dan menghormati guru.

Korang sempat ke prepare something?? Mana sempat nak buat special-special macam cupcakes ker cookies ker... hmm apa gift yang segera yer? Alhamdulillah ramai sahabat yang mak-mak budak boleh la dapatkan idea sikit sebanyak.. biasanya yang mudah dan praktikal ni ialah stationery jer.. boleh jugak cikgu tu guna untuk tugas seharian betul tak.. macamana nak buat hadiah lebih menarik? Sebenarnya banyak label percuma yang boleh korang download dan print dengan menggunakan printer warna kat rumah tu.. jom tengok contoh kat bawah ni

mommybydaycrafterbynight

Download the Owl Thank You Teacher Free Printables (Card, Tag and Pop tag)
livinglocurto

Saya bercadang nak beli chocolate bar jer.. sebab express dan sweettttt.. insyaallah semua cikgu akan suka hadiah ni :) 

Untuk kelainan korang boleh print chocolate wrapper supaya nampak lebih menarik.



Yang ni special.. boleh customize nama cikgu dan nama anak korang.. baru la realkan?



Dalam banyak-banyak chocolate wrapper, yang bawah ni yang paling best.. cute sangat!!!! selain hias macam dalam gambar, boleh jugak letak dalam small jar. Thanks to iheartnaptime!


Selamat mencuba!!

Balik jer anak dari sekolah tadi saya terus saya jadi inspektor tak bertauliah dan menanyakan bila sambutan hari guru sekolah mereka.. alhamdulillah sekolah tu pospone sambutan ke 27hb Mei 2014 sebaik selepas exam. Ada banyak masa la saya.. yeay!!!

P/S: apa kata korang share hasil kreatif korang untuk dikongsikan dengan pembaca.. email me allys912@gmail.com  Ada small gift menanti :))

Like my fb page for more interesting info and promotions

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

Related Posts:

No comments:

Post a Comment