Tolong! Coklat saya jadi semakin pekat


Salam Semua,
Macamana life after raya? Ada tak yang dah berjaya puasa 6? Lama gak saya bercuti dari meng’update’ blog ni.. bz dengan jemputan open house dan tetamu yang datang ke rumah.

Hari ni saya nak sentuh tentang masalah yang mungkin korang pernah hadapi ; coklat yang anda cairkan menjadi semakin pekat. Patutnya cair le iyer dok? Tapi entah mana silap, jadi pekat pulak.. camne nak mengalir cantik kat mesin chocolate fountain korang yang beli beratus RM tu?

Untuk pengetahuan pembaca semua, coklat ni sangat ler sensitif dengan high temperature. Kalau kita pompuan, sensitif jugak tapi bila dah sensitif, terus high temperature hihihi..

Kalau korang menggunakan kaedah double boil atau microwave, susah nak control temperature kecuali ada termometer. Coklat yang overheated ni akan kehilangan rupa yang cantik berkilat dan nampak pucat dan pekat macam lumpur.

Kesalahan Double Boiler yang patut korang jauhi
Dari kebanyakkan feedback yang saya receive dari kastemer tersayang.. diorang cairkan coklat masa air dalam periuk bawah tu menggelegak. Akibatnya coklat tu jadi overheated ler.. apa yang korang patut buat ialah menggunakan wap air panas untuk cairkan coklat, bukan air yang menggelegak. Paham tak? Kalau kurang paham, ikut step kat bawah ni:-

1)Isikan periuk dengan air panas. Air tu takyah isi sampai penuh-penuh. Kita taknak air panas tu nanti bersentuhan dengan mangkuk coklat yang akan diletakkan kat atas periuk yang berisi air tu nanti.

2)Letak periuk atas dapur, nyalakan api dan biar hingga air menggelegak (boiling)

3)Bila air dah menggelegak, padamkan api dan biarkan periuk di atas dapur.

4)Letakkan mangkuk yang berisi coklat di atas periuk yang berisi air panas tu tadi. Pastikan bahagian bawah mangkuk tak sentuh air panas tu.

5)Coklat dalam mangkuk akan cair perlahan-lahan. Kacau selalu supaya coklat cair sekata.

6)Jangan lupa, air pon musuh coklat jugak. Pastikan air wap yang naik dari periuk panas tak terkena coklat sebab itupon akan menyebabkan coklat pekat. Bila coklat dah completely cair, angkat mangkuk coklat dari periuk air panas dan cepat-cepat lap bahagian bawah mangkuk yang ada wap air tu.. takut-takut masa korang tuang coklat cair kat dalam mesin chocolate fountain, wap air tu akan mengalir masuk sekali.

Kesalahan Microwave yang patut korang jauhi
Pernah tak cairkan coklat pakai microwave? Eh, tak pernah baca ke bahagian belakang packaging coklat khas untuk chocolate fountain yang saya jual tu? Cara ni sebenarkan paling cepat berbanding kaedah yang lain tapi trickier (sebab tu saya jarang guna kaedah ni)

• Kalau nak cairkan, ofkos la guna bekas yang sesuai untuk microwave.
• Kalau microwave korang boleh set temperature/ power, jangan set sampai full power.. set 50% jer.. pastu jalankan selama 30 saat jer jangan lebih. Coklat yang lama dalam microwave akan jadi overheated.
• Lepas 30 saat, keluarkan coklat tadi dan kacau supaya coklat heat dari microwave tu sekata.
• Pastu, masukkan balik untuk 30saat dan keluarkan dan kacau macam step yang sebelum tu. Ulang banyak kali sampai coklat hampir cair sepenuhnya.. pastu takyah masukkan dalam microwave, hanya kacau-kacau-kacau sampai coklat completely cair (jiwa kacau betul kan hehe)
• Kalau amount coklat korang sikit, boleh kurang kan interval seperti 20saat atau 10 saat. Ingat, kalau korang terlebih beberapa saat pon dah cukup untuk membuatkan coklat korang rosak dan pekat. Tu yang jiwa kacau tu hehe...

Haa.. baru korang tau.. bukan senang nak handle coklat.. super sensitif rupanya… Sebab tu la kalau cairkan coklat guna chocolate melter lambat, sebab suhu dia tak tinggi.. so sekarang, kaedah mana yang korang prefer?

Like fb saya supaya korang sentiasa updated dengan new entry dari blog ni atau promosi.

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

6 comments:

  1. Assalam,
    Sy guna coklat melter. kenapa coklat saya cpt beku? ada x cara2 atau kaedah lain untuk bg coklat tu bertahan cair n x beku2..? atau boleh share resepi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. coklat beku dlm choc melter atau dlm bekas lain? Pastikan suhu persekitaran tak terlalu sejuk. Awak pakai coklat brand apa? Coklat yang saya jual mmg khas untuk chocolate fountain, lambat keras dan tak payah tambah apa2 bahan lain.. cuma cairkan dan nikmati kesedapan coklat 😊

      Delete
  2. salam..nk tnye coklat sy dh cairkn n slh cara die dh mngeras n xnk cair dh..cmner sy nk wt ye?? xkn nk buang..syg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, Coklat yang salah cairkan akan mengubah konsistensi (struktur) coklat tu.. sebab tu bila dan keras susah nak cair balik. Awak masih boleh makan tapi tak boleh guna untuk chocolate fountain.

      Delete
  3. Assalamualaikum . Sy punya masalah kenaoa coklat xnak keras.. Cair sgt2.. Mcmne nk bg keras sedikit spy senang sy nak ltk topping dan bila potong coklat x mencair

    ReplyDelete
  4. Salam sis saya NK tnya saya sy masak coklat tapi saya terlebih letak pelanta pelangi Dan coklat saya jadi MCM agar2 Tu MCM lincin berketoi2 xlekat kat lendok MCM lebih minyak ..Persia nya sekarang coklat Tu Masih bisa Di gunakan Ka??...MCM mana NK back to normal perlu tambah coklat atau whipping cream?

    ReplyDelete