Sempena tahun ni, Pos Malaysia mengenakan kadar rata 50sen jer satu kad raya yang di pos dan tempoh promosi adalah 23 Julai 2012 hingga 25 Ogos 2012.. Untuk memastikan kad korang sampai ke penerima, pastikan korang pos pada atau sebelum 13Ogos2012.. Ada 6 hari lagi.. sempat kalo nak pegi beli :))
Apa faedahnya hantar ucapan kad raya yang real ni? Disamping tak menyokong kempen hijau sedunia, kad tu nanti agak2 diorang simpan tak? Yang penting samada si penerima tu value atau hargai usaha kite tu.. Tapi.. untuk sesetengah pihak, ucapan secara tradisional ni lebih bermakna sbb nampak usaha tukang hantar tu bersusah payah pegi beli kad, beli setem, pos segala.. pastu boleh simpan untuk tatapan anak cucu (ader ker?) dan dapat menatapi tulisan orang tu..
Sekarang dan tak popular lagi dah... orang sekarang nak senang jer dan free jer.. kalo digital tu click jer pastu sesaat kemudian dapat la kat penerima tu.. tapi value tu kurang la kot selari dengan kurang usaha yang ditunjukkan.
Disini ada link kad raya digital for free dari abgteror (abg bukan terrorist kan? hehe)...
Yang kaki facebook pulak, ada aplikasi yang membolehkan anda menghantar ucapan kat fb. Selain boleh hantar personally, boleh jugak post kat wall kite, senang.. sekali post beratus baca..
Tak menarik kalau ucapan tak disertakan dengan pantun-pantun yang menarik (ni penting ni, budaya kite jangan pupus mcm kad raya real tu).
Terpulang kepada masing-masing samada yang mengucapkan ucapan hari raya dan maaf dengan cara lama atau cara moden.. yang penting, ucapan maaf dibuat dari hati yang ikhlas dan sampai kepada penerima.
-Ad-
No comments:
Post a Comment