CHOCOLATE FOUNTAIN TIPS#3: MUSUH COKLAT


Salam semua,

Hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua tentang mush coklat.. coklat pon ada musuh? Yer… musuhnya ialah Air.. Air umpama musuh ketat coklat untuk chocolate fountain/ fondue anda. Tak kira samada anda menggunakan coklat khas untuk chocolate fountain yang saya jual atau sebarang coklat kompaun dan coklat masakan.

Salah seorang pembeli coklat saya mengatakan coklat yang dibeli mengalir dengan cantik di mesin chocolate fountain beliau tapi lama-kelamaan bertukar menjadi pekat.
Saya pernah mengalami masalah ini beberapa tahun dulu masa mula-mula berkecimpung dalam bidang pengcoklatan ni (betul ker perkataan ni?). Rupa-rupanya buah-buahan yang saya gunakan tidak kering sepenuhnya.. masih lembab.. akibatnya, lepas dicelup ke dalam coklat beberapa kali, coklat pon menjadi pekat.. sebaiknya, cuci buah-buahan sehari sebelum majlis, biarkan kat dalam bekas plastic yang berlubang supaya air akan turun kebawah.. biarkan diatas kaunter dapur sehingga kering, kemudian barulah dimasukkan kedalam fridge. Jangan masukkan terus ke dalam fridge dalam keadaan tak kering sepenuhnya sebab fridge tidak akan mengeringkan air yang ada.

Selain itu, jika anda menggunakan kaedah double boiler untuk mencairkan coklat, pastikan tangan, working space dan utensils yang digunakan bebas dari air. Beberapa titik air sudah cukup untuk menjadikannya pekat.


Selamat mencuba!

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

1 comment:

  1. ooh baru tau ni ally..tq so much.. diana melaka

    ReplyDelete