Tips membeli mesin Chocolate Fountain


Saya menerima banyak panggilan dari customer yang berminat untuk membeli mesin chocolate fountain. Di sini saya nak share tips membeli chocolate fountain machine.

a) Tak bising. Nanti majlis anda akan berbunyi macam kilang coklat pulak jadinya hehe.. Biasanya mesin yang menggunakan Auger Style bunyi bising sikit kalau takde coklat. Tapi sebaik jer coklat dimasukkan, bunyi bising takde lagi.

b) Mudah nak assemble dan disassemble.

c) Adjustable feet. Kebanyakkan mesin ada adjustable feet kat bahagian bawah untuk memastikan mesin samarata walaupon meja tak rata.

d) Warranty. Sebaiknya cari yang ada warranty. Ada seller yang bagi 3 bulan, 6 bulan dan ada yang sampai setahun.

e) Base Unit/ mangkuk yang lebar. Mangkuk kecik akan membuatkan coklat melimpah atau menitik merata-rata semasa tetamu dip makanan. Namun, mangkuk kecik boleh diatasi dengan meletakkan alas pada bahagian bawah mesin.

d) Tier yang lebar. Tier yang lebih lebar (macam kat gambar atas tu) memudahkan coklat naik keatas. Tapi yang ni takde la penting sangat... sekadar highlight kalau dapat ciri macam ni lebih baik.

Based on my experience, kalau sentiasa guna coklat khas untuk chocolate fountain, takkan ada masalah mesin kecuali memang beli mesin yang tak berkualiti. Dah spend mahal-mahal beli mesin, takkan taknak jaga betul tak? So, pastikan guna coklat yang diperbuat khas untuk chocolate fountain untuk menjamin jangkahayat mesin anda. Boleh beli kat Ally's. Untuk usahawan, ask for wholesale price.

photo source: Google

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

3 comments:

  1. Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. sy ni usahawan baru nak berjinak dalam bizness candy buffet ni. thanx for sharing..;)

    ReplyDelete
  3. assalam ally. ye memang betul penggunaan cokelat yang khas akan memanjangkan jangka hayat mesin. lagi satu, beli mesin juga perlu dengan mereka yang biasa/pakar kendalikannya. jgn beli dari bakery supplies, biasanya mereka/staff memang tak tahu guna dan akan advise guna cooking choc bar.. sedangkan penggunaan compound choc seperti itu akan menyebabkan cokelat memekat, flow tak cantik dan mesin rosak. tq ally. u dulu ada jwb soalan2 i bkenaan choc fountain. wish u all the best ya.. tq.. diana. thepartykru. melaka

    ReplyDelete