Salam semua,
Tips saya yang keempat ialah tentang jenis-jenis candy yang akan dihidang.. Buat senarai ni penting untuk memastikan takde la sejenis jer candy. Pelbagaikannya seperti rasa yang berbeza (ada manis, masam), saiz yang berbeza.. Jangan limitkan kepada candy saja.. consider adding chocolate fountain ker, punch bowl, cookies atau dessert yang lain.
Contohnya:-
a) Marshmallows - perasa apa? nak yang ada filing ker tak? warna apa?
b) Jelly beans - pastikan yang halal.. sebab takut-takut glazing yang digunakan tu tak halal. saya sentiasa gunakan Jelly Belly sebab halal dan rasa yang sangat sedap berbanding jelly bean murah sebab ia diperbuat dari bahan ori.. contohnya strawberry shortcake diperbuat dari buah strawberry yang sebenar. Tapi tang harga tu a bit pricey.. jadi isi kan dalam balang kecik supaya tak payah beli banyak :)
c) Lollipops - tentukan saiz dan kuantiti.
d) Gula-gula - yang ni boleh banyak sebab murah hehe
e) Baked goods - seperti cupcakes atau macarons.. letak kuih melayu pon menarik jugak.
f) Gummies - banyak gummies yang murah.. tapi kalau nak yang imported dengan pelbagai bentuk dan rasa, boleh beli brand Haribo sebab halal.
g) Chocolate Fountain - yang ni memang hit! jadi tumpuan tetamu mcm semut dengan guna.. Ally's menyediakan perkhidmatan sewa mesin chocolate fountain. Anda jugak boleh beli coklat khas untuk chocolate fountain
Senarai kat atas tu sekadar contoh jer.. yang penting jangan nanti candy buffet tu hidang satu jenis jer... tak menarik la kan?
No comments:
Post a Comment