Candy Buffet tips#6: Backdrop Ideas


Salam Semua,



Apa itu backdrop? Backdrop tu permandangan belakang candy buffet untuk menjadikan candy buffet anda nampak lebih menarik dari hadapan. Barulah cantik bila snap gambar nanti. Anda boleh gunakan tingkap menarik sebagai backdrop dan gantungkan beberapa hiasan ditingkap.
Setelah memilih tema, seterusnya anda perlu memikirkan design backdrop yang akan digunakan. Gunakan kain yang bercorak menarik dan sesuai dengan tema majlis anda. Lekatkan di dinding atau di atas bingkai besar.




Fabrik

ü Murah
ü Boleh recycle jadi barang lain seperti sarung bantal selepas majlis
û Tak dapat design graphic sendiri

 

 

 

 

Printed Backdrop

Cara lain ialah menggunakan printed backdrop. Anda boleh design gambar atau corak yang anda suka dan print kat kedai printing. Biasanya saiz backdrop ialah 2m  x 1m.
ü Boleh reka design yang anda kehendaki
ü Reka corak yang sama untuk jar tags, cupcake toppers dll.
û Lebih mahal bebanding fabrik.
û Boleh pakai sekali jer (jika anda inginkan kelainan di majlis akan datang). Dan tak boleh transform jadi barang lain. 

Decals

Wall decals atau pelekat dinding adalah satu lagi cara untuk backdrop. Sekarang ni ada mamcam-macam corak cute-mute yang boleh digunakan.
ü Nampak lebih kreatif dan menarik
ü Lebih murah dari printed backdrop
û Leceh… biasanya pelekat ni perlukan kreativity camne kita nak hias. Pastikan pelekat tak terlalu rendah dari meja candy buffet.
û Tak boleh recycle. Kecuali anda nak biarkan pelekat tu kekal kat dinding rumah anda J

 

 

Hiasan lain

Gunakan hiasan lain seperti Kipas, Lantern, Pennant
ü Murah. Gunakan bahan-bahan terpakai/ murah. Hanya perlukan kreativiti.
ü Boleh guna balik kat untuk majlis lain. Cuma tukar susunan atau tambah hiasan lain supaya nampak berbeza
û Mungkin perlu beli banyak (first time) sebab nak nampak menarik.

Tak kira yang mana satu pilihan anda, terpulang.. janji nampak cantik, kos within your budget dan bersesuaian dengan tema J
Source: Google
 


Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment