Kaedah cairkan Chocolate Fountain #2


Salam Semua,

Agak lama jugak saya tak update blog ni.. busy sikit.. kenapa saya bz tu nanti akan announce hehe..

Hari ni saya nak share kaedah lain untuk cairkan chocolate khas untuk chocolate fountain. Kaedahnya ialah menggunakan kaedah Double Boiler.
 
photo: fromintankitchen

Cuba lihat rajah di atas. Rajah satu adalah kaedah yang salah sebenarnya. Coklat tidak boleh di cairkan secara terendam sebegitu. Pasti wap air akan masuk ke dalam coklat dan membuatkan coklat berketul atau terpisah, tidak licin.

Bagaimana pula dengan kaedah ke dua ?
Ia masih lagi kurang tepat.
Coklat di cairkan pada suhu 40 ~ 45C. Jika dicairkan melebihi suhu ini, coklat akan mula kering, pekat dan berketul atau mengerutu.
Takat didih air pula pada 100C
Kedudukan dasar bekas yang menyentuh permukaan air juga adalah salah. Dasar bekas berisi coklat tidak boleh bersentuhan dengan air.
Dinding bekas yang diperbuat daripada keluli juga menjadi pengalir haba yang baik dan menyumbang pada kepanasan bekas.

Ya, kaedah ke tiga adalah yang paling tepat jika menggunakan kaedah pengukusan atau double boiler.
Pastikan bekas mengisi coklat kering
  1. Dasar bekas tidak bersentuhan dengan air
  2. Setelah air mendidih, api dimatikan terlebih dahulu sebelum meletakkan bekas coklat di atas periuk air mendidih.
  3. Pastikan wap air sedikit pun tidak masuk ke dalam bekas coklat.
Penerangan ni dari Masam Manis Cook with Love. Antara blog favourite saya.. Pelbagai resepi (saya dah try few :) ) dan gambar-gambar yang menarik.. Banyak tips menarik yang beliau share kat pembaca.. cubalah jengok! Thanks Ita for the detail explanation :)

Untuk chocolate khas untuk chocolate fountain jenama Chocolate Line yang halal, boleh beli kat Ally's.

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment