Chinese New Year Party Ideas



Malaysia adalah sebuah negara yang muhibah.. terdapat pelbagai kaum yang hidup aman damai. Kalau tak takkan ler kita ada banyak cuti umum betul tak?

Pastinya ada yang menjemput sanak saudara dan sahabat handai untuk melawat ke rumah anda dan sudah tentu, anda mahu menjamukan makanan yang terbaik untuk tetamu. Bagaimana dengan hiasan? Jadikan makanan yang sedap menjadi lebih menarik dengan deko yang unik dan kreatif.

 Untuk menjadikan food spread anda bertemakan CNY, gunakan warna merah dan dipadankan dengan warna putih atau kuning keemasan. Warna merah melambangkan luck, health, prosperity and general good fortune. Bagaimanapon anda boleh juga guna tahun 2013 iaitu biru, hijau dan ungu.

Hiaskan meja dengan Chinese Paper Lantern yang boleh dibeli dikedai atau buat sendiri, sampul angpow, chopstick yang bercorak menarik serta party printables yang bertemakan yang sama.

Untuk favor gifts, gunakan take-out box untuk diisi dengan pelbagai goodies atau sampul angpow yang diisi dengan coklat syiling (Chocolate Coins).

Sekiranya anda crafty person, ikut tutorial buat fortune cookies yang disi dengan coklat atau gula-gula menggunakan kain felt.



Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia!

images: candy buffet: (google), felt fortune cookies, firecrackers, paper lantern (mypartypassion)


Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment