DIY Bunting Tablecloth



Salam semua,

Lagi idea alas meja menarik yang boleh digunakan untuk candy buffet anda. Ideas ini saya perolehi dari thesweetestoccasions. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  • Cat fabrik
  • Alas meja atau fabrik putih
  • Pita pengukur
  • Tali
  • Pensel
  • Sponge
  • Pita pelekat
 

Cuci alas meja supaya bersih. Bentangkan diatas meja yang bakal digunakan. Lekatkan pita pengukur disepanjang bahagian hadapan meja (rujuk gambar diatas). 

Ambil tali, ukur sepanjang bahagian hadapan meja dan lebihkan 6inci dari ukuran meja. Lekatkan tali disatu penjuru sahaja. Kemudian lengkokkan tali menjadi lengkungan yang menarik. Lengkungan ini akan digunakan untuk imej bendera itu nanti, jadi pastikan lengkungan tidak terlalu ke bawah. Dengan menggunakan pin, lekatkan tali pada kedudukan yang anda mahukan. Buat sehingga ke hujung meja. Setelah selesai, gunakan pensel dan lukis atau tandakan garisan tali tadi. 


Dengan menggunakan kertas keras atau cardboard, gunting beberapa bendera bentuk segitiga dan lekatkan disepanjang garisan yang telah ditanda dengan pensel.

Letakkan bahagian hadapan alas meja keatas meja untuk kerja-kerja mewarna. Lekatkan pita pelekat disekeliling bentuk bendera (jangan lekatkan bendera). Jika anda risau warna akan melekat dimeja anda, alas meja anda dengan kertas mahjong. Kemudian letakkan alas meja putih diatasnya.


Tuang warna diatas palet lukisan atau piring. Dengan menggunakan sponge (sponge dapur pon boleh),  tekapkan warna diatas kain dengan berhati-hati. Pastikan anda hanya warnakan bahagian dalam segitiga. Biarkan kering selama 15minit dan warnakan semula lapisan kedua sekiranya perlu. Setelah selesai, warnakan segitiga yang seterusnya dengan warna yang berlainan. Gunakan satu sponge untuk satu warna sahaja.. jangan campurkan warna.



Setelah selesai dan warna semua dah kering (sebaiknya biar semalaman), gunakan berus lukisan dan lukis garisan sepanjang garisan pensel yang telah dibuat sebelum ini. Anda juga boleh lukiskan ikatan tali untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik.

 








Selamat Mencuba!

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment