Mangkuk Candy murah







Biasanya bila candy buffet mesti terbanyak kat fikiran kita balang candy yang berkaki tu kan? Er, namanya Apothecary Jar. Ramai gak yang bertanya mana nak cari bekas ni?





Alaaaa, takyah susah-susah berbelanja hanya untuk sebuah majlis yang last for few hours..biasanya balang ni harganya agak mahal la jugak..

Dengan harga yang murah, korang still boleh buat candy buffet anda kelihatan menarik.


Macam balang biru kat sebelah ni.. dengan menggunakan balang kuih raya tahun lepas (tahun ni mesti la beli baru kan...) dan candle stand dan sedikit kreativiti, anda boleh jadikannya nampak menarik.

Hmmm.. mana pulak nak cari candle stand ni?? bukannya something yang kita simpan kat rumah.. berapa lak harganya? Murah ker.. boleh dapat kat Ikea dengan pelbagai ketinggian dan warna.

Sib baik ada Blissfulnest yang sudi berkongsi idea.


Yang ni pon tak kurang menarik.. Retro Candy Jar.. pasu-pasu yang terbiar kat luar rumah tu, darpada dijadikan tempat pembiakan nyamuk baik manfaatkannya untuk sesuatu yang berguna.

Yang tengah-tengah tu mangkuk kaca yang dilekatkan kat pasu. yang bulat atas tu wooden knob.. saya pon tak pasti mana nak cari wooden knob kat Malaysia ni.. maybe kedai hardware ader kot.. kalau tak jumpa, bola pingpong pon boleh.

Idea menarik ni dari Lifesweetlife.





Photo sebelah ni idea dari MaddyCakeMuse.. kalau ada botol-botol jem kat rumah tu, boleh jadikan candy jar yang menarik.

Tambahkan sikit-sikit aksesori seperti bunga felt atau ribbon. Saya suka!!!


Pernah tak korang pegi ke kedai murah-murah macam kedai RM2 atau yang sewaktu dengannya? Kat sana ada mangkuk bulat kaca dijual dengan harga yang murah.

Candy buffet akan kelihatan menarik kalau bekas-bekas candy disusun dengan pelbagai ketinggian.. dapatkan beberapa bekas kaca yang sama, some of them berkaki dan some of them not..

Tenkiu LizzieJane Baby!



Apalagi, lepas ni boleh la selongkar kabinet dapur korang dan gunakan bekas-bekas yang dah tak pakai tu untuk dijadikan idea menarik majlis anda nanti. Pasti ramai yang memuji.

Selepas berkreatif, apa kata anda hantarkan gambar hasil kraft anda untuk dikongsi bersama pembaca di sini.

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

1 comment:

  1. Saya tgk di website ikea.. Xde pon jual candle stand nie... Blh sy tau kt mne ye blh cri kayu mcm tu

    ReplyDelete