Homemade Playdoh


Bulan Januari lepas merupakan birthday anak perempuan saya.. abang & kakak ipar saya sangat bermurah hati membeli pelbagai hadiah untuk gegirl ni termasuk set playdoh (dia dah ada banyak dah)..


Permainan ni memang disukai kanak-kanak. Dengan playdoh dapat diorang berkreatif dengan mencipta macam-macam, sky is the limit. Anak saya ada pelbagai jenis peralatan playdoh, dari candy jar, ice cream maker, bbq dan macam-macam lagi.

Cuma yang leceh kalau playdoh tu habis dipakai dan bercampur-campur warna.. kena lah beli baru di kedai. Tapi satu perkara yang agak merisaukan kalau ia dimakan oleh kanak-kanak.

Tau tak kita boleh buat sendiri playdoh? Mudah sebab diperbuat dari barang yang mudah didapati (mungkin barang yang sedia ada kat dapur korang) dan tak bertoksik? Masa yang diperlukan hanya 10minit. Tenkiu kat musingssahm for the recipe. Kat bawah ni saya dengan baik hatinya dah translatekan bahan-bahan dan cara untuk membuatnya.. Gambar step-by-step boleh refer kat blog musingssahm.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 1 cawan tepung
2) 1 cawan air masak
3) 2 sudu teh cream of tartar
4) 1/3 cawan garam
5) 1 sudu besar minyak sayuran
6) Food coloring

Dengan resepi ni korang boleh hasilkan 2-3 can size playdoh yang dibeli kat kedai tu.

Campurkan semua bahan kecuali Food coloring ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan/ sederhana. Kacau sehingga campuran menjadi pekat dan bergumpal mcm playdoh.

Keluarkan doh dari periuk dan letakkan atas wax paper atau pinggan untuk menyejukkannya.

Simpan dalam plastik ziplock untuk tahan lama.. Playdoh buatan sendiri ni lebih lambat kering dr playdoh yg original. Kalau kering pon, korang boleh tambah sikit minyak sayuran.

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment