Bulan Disember ni ramai parents yang bercuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga sempena cuti sekolah.. tak kurang juga yang post kat fb percutian sekeluarga di dalam dan di luar negara..
Sempena cuti sekolah saya cuba untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak setiap hari. Semalam kitorang buat Homemade Playdoh.. excitednya semua .. tengoklah kuih tart ciptaan si comel dibawah.
Homemade playdoh dibuat dari bahan-bahan yang boleh dimakan jadi ia selamat untuk kanak-kanak sekiranya mereka termakan playdoh tu.
KEBAIKAN
1) Membantu perkembangan motor skill tangan-tangan comel mereka dengan menguli, memicit dan sebagainya.
2) Menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan bagus untuk perkembangan otak
3) Calming n soothing (apa perkataan melayu yek? Tak kesah la.. korang paham kan? Kalau tak paham google atau bukak dictionary.. hahaha) Ada setengah kanak-kanak yang susah nak meluahkan emosi mereka. Kesannya mereka akan jadi tantrum atau buat perangai.. gunakan playdoh untuk mereka mengekspresi diri..
Bahan2 yang diperlukan:
2 cawan tepung serba guna
2 tsb minyak sayuran
1/2 cawan garam (banyakkan?? Guna garam murah jer
2 tsb krim tartar (ada kat kedai bakery supplies)
1.5 cawan air mendidih
Food coloring (optional)
Beberapa titik Glycerin supaya berkilat (optional)
Cara-cara:
1) Campurkan tepung, krim tartar, garam dan minyak dalam mangkuk besar.
2) Titiskan food coloring dalam bekas air mendidih dan kemudian tuang ke dalam bekas campuran bahan kering (step 1 diatas)
3) Kacau secara berterusan sampai jadi sticky.
4) Campurkan Glycerin
5) Biarkan ia sejuk sket kemudian uli sampai jadi doh. Kalau sticky sangat tambah tepung sket.
Playdoh ni boleh disimpan dalam bekas kedap udara sehingga 6bulan. Kalau rumah korang panas sangat, boleh simpan dalam fridge atau tempat yang jauh dari panas matahari.
Idea menarik, murah dan selamat untuk kids party kan?
No comments:
Post a Comment