Menu Raya special


Salam semua..

haih.. rindu pulak dah lama tak update kat sini.

Lusa dah nak raya.. tahun ni saya buat sambutan ala kadar jer berbanding tahun-tahun sebelumnya. Nak jimat sikit... beli yang perlu je.. walaumacamana pon baju raya, kuih raya dan juadah hari raya wajib disediakan.

Kalau tahun-tahun sebelumnya asik hidang menu sama jer.. nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang dan lontong. Tahun ni nak buat kelainan sikit. Tetamu-tetamu saya akan dihidangkan dengan nasi arab yang sedapppp.. Nak kata pandai memasak memang tak la.. saya suka baking.. head chef kat rumah saya ialah encek suami yang pakar memasak.. saya souschef jer.. hihi.. tapi tahun ni saya akan jadi headchef sempena raya.. nak tau macamana? Mudah jer..

Saya pakai pes nasi arab mendhi. Cara-caranya macam kat bawah ni:-

1. Basuh dan rendam beras selama 30min.
2. Masukkan Pes nasi arab ke dalam air (1300 untuk sukatan 1kg beras) dan panaskan sehingga mendidih.
3. Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan pes tadi.
4. Biarkan nasi menjadi kering dan masukkan pewarna
5. Tutup selama 15min dan siap untuk dihidangkan.

Untuk sos tomato:
1. Sediakan 5 biji totamo, 5 batang cili padi, 2 tangkai daun parsley/ ketumbar dan setengah sudu kecil garam.
2. Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan semua baki ramuan serentak, kisar sekejap
3. Siap dihidang.

Senangkan? tak perlu skill memasak pon nak buat nasi arab.. kalau nak sediakan rempah ratus pon leceh dan remeh.. takkan nak masak sekali sekali nak beli semua rempah ratus tu..

Nah, belanja satu gambar nasi arab yang saya buat.. mcm pro kan? kikiki..
Tomato tu saya yang blender.. jadi macam salsa. Daging kambing saya rebus dengan jintan sampai tender (lembut), air rebusan saya guna untuk masak nasi arab tu.. beberapa ketul kambing saya masukkan sekali dlm beras dan selebihnya saya masukkan dalam aluminium foil dan bakar dalam oven. Daging akan lebih juicy nanti. Nampak tak mangkuk yang ada sos putih tu? Yang tu yogurt timun.. senang sangat2 nak buat. Nanti saya sharekan resepinya dalam posting yang akan datang.


Kalau berminat boleh place order kat sini. Beras basmathi yang berkualiti tinggi disediakan sekali yer uolls.. tak payh beli lain.. kira harga ni memang net! Ada 2 jenis pes disediakan:-


Nak COD pon boleh.. dapatkannya di Kota Damansara dan Seremban. Hubungi 019.3776578/ 012.9144229.

Selamat membeli dan mencuba!!!





Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment