Cake stand murah dan cantik

Kek harijadi semakin hari semakin kreatif. Pembeli kini tak kesah berbelanja lebih asalkan dapat kek design seperti yang dingini. 
Namun, kek akan bertambah lebih menarik dan nampak presentable kalau diletak di atas cake stand. Saya tak pasti terma dalam bahasa melayu maka saya pakai je cake stand. Cake stand merupakan alas kek yang biasanya tinggi dan akan membuatkan kek lebih pop up dan visible dimata tetamu yang hadir. 




JENIS- JENIS CAKE STAND
Ada pelbagai jenis cake stand di pasaran. Ada yang diperbuat dari ceramik, kaca, plastik dan juga kertas. Sudah pasti yang kertas tak akan bertahan lama. Jenis pakai buang.
Kelemahan cake stand jenis ceramik atau kaca semestinya ia mudah pecah. Kena sentiasa alert terutama kalau ada tetamu cilik. Kanak-kanak berebut tuan rumah berpeluh.
Paling mudah kalau guna jenis plastik. Tak mudah pecah dan senang dijaga. Harga pun biasanya lebih murah.
MR DIY ada jual cake stand yang cantik dan paling menarik harganya murah.

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment