Cake Pop, kek lollipop yang comel

Saya suka Cake Pop. .

Cake pop atau cake balls ialah cake tapi macam lollipop. Cake pop ni start glamer di US pada tahun 2009 hingga 2011.

Kebaikan Cake Pop

Cost cutting, itulah kebaikan paling utama. Bentuknya yang kecik-kecik lebih menjimatkan sebab boleh dihidang kat lebih ramai tetamu. Berbanding kek biasa.. potongan kek lebih besar, jadi perlukan kek yang lebih besar dan banyak untuk dihidang kat tetamu yang ramai. Lebih merugikan bila potongan kek tak habis dimakan. 

Cara membuat Cake Pop

Mula-mula bakar kek macam biasa. Kek yang dah dibakar akan diramas sampai jadi crumb. Untuk membentuk jadi bulat, crumbs tadi dicampur dengan icing atau coklat. Lepas tu cubit sikit doh dah buat bulat-bulat macam korang buat kuih ondeh-ondeh gula melaka.

Dah bulat-bulat, cucuk dengan lidi atau batang lollipop. Lepas tu celup dengan icing atau coklat.

Untuk menjadikannya lebih menarik, tunjukkan kekreatifan korang dengan pelbagai deko.

Mudah dimakan.. mudah dipegang dan datang dalam bentuk/design yang cantik-cantik dan comel-comel. .

Little Popcake

Kalau rasa tak berseni serahkan je pada pakar. Little Popcake merupakan pakar dalam bidang ni. Pelbagai design dah beliau hasilkan.. comel-comel.. Cakepop bouquet pon ada.

Bertempat di Shah Alam tapi boleh buat delivery ke beberapa tempat sekitar klang valley. Contact @little_popcake for more detail 😊😊
.
#cakepops #cakepopping #cakeart #cakedecorating

Ally

A place where making life beautiful is possible even within a budget.

No comments:

Post a Comment